Tips Memilih Tukang Urut Selepas Bersalin| Sedang tercari-cari tukang urut selepas bersalin? Sebenarnya bab tukang urut ni juga sangat penting seperti set berpantang yang kita perlu survey sebelum beli. Kenapa penting? Sebabnya lepas bersalin badan kita akan rasa sangat lenguh, urat-urat tegang, badan lesu dan paling penting tukang urut selepas bersalin ni boleh bantu naikkan peranakan selepas bersalin melalui amalan sengkak untuk elak peranakan turun. Biasanya amalan mengurut tradisional ni dilakukan selama 3 hari berturut- turut iaitu selepas hari ke2 atau ke3 berpantang kemudian ada sesi ‘penutup’ pada hari ke44. Oh ye, berurut selepas bersalin bukan seperti urutan spa yang kita rasa best macam nak tidur tu ?. Ia agak menyakitkan especially hari pertama sebab banyak urat- urat yang nak dibetulkan. Jadi silalah prepare badan siap-siap ye?

Mungkin sedikit sukar untk mencari tukang urut kalau kita takde pengalaman apatah lagi jika berpantang sendiri dan tinggal di bandar. Lainlah jika berada di kampung lebih mudah untuk mencari tukang urut yang mahir. Mungkin boleh dapatkan khidmat confinement lady, tapi cost nya agak mahal juga. Jadi, di sini saya kongsikan 5 tips bagaimana ingin memilih tukang urut selepas bersalin yang paling terbaik. Survey la dari awal supaya kita tak kelam kabut lepas bersalin tercari-cari tukang urut yang sesuai.;)
5 Tips Mencari Tukang Urut Selepas Besalin.
1- Tukang Urut Wanita dan Beragama Islam
Adalah wajib tukang urut anda seorang wanita dan juga beragama Islam. Ini kerana bila dah berurut nanti sudah tentulah akan kelihatan bahagian aurat-aurat kita. So pastikan tukang urut adalah seorang wanita dan beragam Islam ye.
2- Ada Khidmat datang ke Rumah
Bila berpantang sudah tentu sukar untuk kita bergerak ke mana-mana dengan bayi yang baru lahir lagi. Oleh itu, sebaiknya dapatkan tukang urut yang menyediakan khidmat untuk datang ke rumah. Lainlah kalau ada ahli keluarga yang boleh ambil dan hantar tukang urut, itu memang advantage. Tapi kalau tiada, pilihlah tukang urut yang boleh datang ke rumah anda. Kita pun akan lebih selesa!
3- Menjaga Keaiban
Bab ni pun penting juga. Maklumlah urutan selepas bersalin ni melibatkan seluruh anggota badan bukan bahagian abdomen dan kaki sahaja. Sudah tentu tukang urut tu akan nampak segala imperfections kat badan kita. Oleh itu pilihlah tukang urut yang amanah dan menjaga keaiban. Macam mana nak tahu? Senang sahaja, semasa mengurut kita, jika tukang urut itu tidak bercerita pasal parut-marut orang lain sudah tentu dia juga takkan bercerita tantang perihal kita. Saya yakin kebanyakan tukang urut memang amanah, tapi still kena berhati-hati;)
4- Good Testimoni / Recommended
Saya lebih suka memilih tukang urut selepas bersalin yang memang recommended oleh ahli keluarga dan rakan. Biasanya saya akan survey dari 2,3 orang rakan yang sudah pernah mengambil khidmat tukang urut tersebut. Melalui pengalaman mereka kita boleh kenalpasti kepakaran tukang urut yang dicadangkan.
5- Tidak Terlampau Mahal
Pilihlah tukang urut dengan upah yang berpatutan. Sebabnya ada sesetengah tukang urut yang menawarkan harga yang agak kurang masuk akal walaupun pakej yang ditawarkan hanya biasa-biasa sahaja. Saya pernah terjumpa tukang urut yang mengambil upah rm400 untuk 3 hari sahaja (upah urut dan bertungku sahaja tau takde extras pape), memang dah nyaris ambil sebab masa tu tak tahu ingatkan memang standard price. Tapi lepas survey baru tahu standard price dalam lingkungan RM30- RM80. So carilah yang berpadanan dengan bajet yang kita ada.
———————
All in all, ibu-ibu cubalah survey awal-awal tentang tukang urut selepas bersalin ni. Boleh minta pandangan ahli keluarga atau teman rapat yang lebih berpengalaman. Especially those yang berpantang sendiri. Prepare bajet siap-siap untuk proses urutan selepas bersalin. Badan kita nak pakai lama kan, so wajiblah kita servis sebaik mungkin selepas bersalin. Selamat berpantang!
bacaan lanjut..
TIPS MEMILIH SET BERPANTANG TERBAIK!
Salam sayang!
~Ila
Assalamualaikum…akak tumpang iklan yea.
Akak Menyediakan rawatan urutan utk ibu2 bersalin normal/pembedahan…
Rawatan bertungku batu sungai juga ada.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi akak
013-2096836.
Mengurut bersalin/ berpantang
Area Kuala Lumpur .
013-2096836.
Salam, boleh ke recommend orang menungurut di kluang? Tq
Waalaikumsalam. yes sure boleh 🙂 memang ada a few yang sangat bagus. boleh whatapps Ila: 0102204959