Salam semua! Happy weekend;)
Dah lama rasanya tak cerita pasal baby and kids. One of my favorite things to share?. Memang banyak nak kena belajar, sape cakap jaga anak tu senang. Nope! You’re totally wrong. Tidaklah senang seperti yang disangka, tambah-tambah lagi if you take care more than one at the same time. Memang berpeluh dibuatnya ?. Soal mental and physical development,attitude, their knowledge semua kena take care bukan jaga bab pakai, makan minum sahaja. Sebab tu i like this quote by Wardina Saffiyah “tanpa ilmu, kita tak boleh jadi ibu bapa yang baik”. So let’s search and upgrade parenting knowledge kita every day ya!
Anyway, harini saya nak share sedikit info yang saya baca tentang penjagaan botol susu. Nampak simple tapi kalau tak diambil berat banyak penyakit boleh hadir hanya kerana botol susu (especially bahagian puting) yang tidak disteril dan dibersihkan dengan betul.
Mengapa perlu dicuci bersih dan disteril?
Sebenarnya bayi yang berumur bawah setahun mempunyai sistem imun yang masih rendah. Mereka sangat senang terdedah dengan penyakit dan salah satunya boleh datang dari botol susu yang tidak dicuci dan disteril dengan betul. Bayangkan botol susu yang tidak dicuci bersih akan meninggalkan sisa susu yang berbau. Virus, bakteria dan parasit boleh berkumpul dan mengakibatkan penyakit seperti thrush, muntah dan cirit birit pada bayi. Unless kalau ibu boleh direct feeding bayi masing-masing memang sangat advantage, cuma bagi ibu bekerjaya dan tidak dapat breastfeeding sepenuhnya tak dapatlah nak elak dari menggunakan botol susu. Nak tak nak tiap malam mesti rutin mencuci botol la kerjanya?.
Bagi ibu yang memang menggunakan botol untuk bayi, sangatlah digalakkan untuk guna lebih dari satu botol. Dan kalau kita perasan kebanyakan botol susu dijual dalam bentuk twin packaging, jarang sangat jumpa yang single. Banyak advantage bila ada lebih satu botol ni, first kita takkan kelam kabut nak basuh botol bila tiba feeding time anak-anak sebab dah ada spare. Next, lebih jimat in terms of sterilizing cost. Takkanlah beli steriliser mahal-mahal/ atau dah boil air untuk rebus satu botol sahaja. Lagi satu puting dan botol tahan lebih lama bila gilir- gilir guna. Belilah jenama yang establish yang ada good reputation insyaAllah puas hati. For me tak rugi invest untuk botol susu yang bagus ni banyak benefitsnya selain dari aspek ketahanan. Boleh refer entri saya:
Ok back to the topic, bagaimanakah langkah mencuci botol susu dengan betul?
Saya akan ringkaskan pada 7 tips yang mudah seperti berikut. InsyaAllah botol susu anak kita akan lebih tahan lama dan paling penting bebas kuman?
1- Sebelum mensteril, botol-botol dan puting harus dibersihkan yang dengan teliti. Cuci botol-botol, bersama puting, gegelang dan tudung penutup, supaya sebarang kesan susu ditanggalkan.
2- Sebaiknya cuci botol secepat mungkin selepas digunakan. Jangan biar semalaman atau lebih 12 jam untuk elak puting botol berkerak dan berbau. Peram lama-lama juga akan membuatkan proses mencuci jadi lebih rumit. So far saya tak pernah biar botol tak bercuci lebih 12 jam, Alhamdullilah kerak memang takde. Kesan yellowish pun sangat minimal, puting nampak masih baru walau dah lama guna.
3- Gunakan air yang panas dan bersabun dengan berus yang khusus untuk botol dan puting botol.
4- Cuci puting botol dengan teliti dan pastikan semua ketulan susu tanggal. Kalau bab ni tak lepas sia-sia sahaja proses pensterilan. Bilas dengan bersih selepas mencuci dan masukkan dalam steriliser.

5- Step seterusnya sterilise botol susu. Boleh gunakan steriliser electric. Atau jika tiada gunakan sahaja teknik merebus. Sebelum menggunakan teknik merebus, pastikan botol susu sesuai untuk kaedah ini kerana terdapat beberapa botol susu yang tidak sesuai direbus kerana plastik mudah rosak dan mengecut. Gunakan periuk besar dan bertutup, isi air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Rebus dalam masa tidak kurang 10 minit.
6- Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan yang sudah merekah atau pecah. Bakteria boleh bertempat di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup maupun walaupun melalui proses penyucian dan pensterilan.
7- Lastly, pastikan botol- botol yang telah disteril tidak ditinggalkan di luar terlalu lama kerana keadaan sterilnya akan hilang dengan cepat. Sebaiknya biarkan sahaja botol tadi berada di dalam steriliser dan ditutup. Hanya buka penutup apabila perlu digunakan.
So itulah tipsnya! Tak dinafikan memang susah nak wujudkan environment yang germ-free tapi dengan mengambil langkah pembersihan botol susu yang teliti, sekurang-kurangnya kita boleh minimize exposure kuman pada bayi sekaligus mengelakkan penyakit hadir.
Cerita pasal penjagaan botol susu ni saya nak share dengan ibu semua keadaan puting botol anak saya yang dah digunakan lebih 6 bulan.
Tadaa!

Tak banyak beza kan. Apa yang saya lakukan, saya memang follow all the 7 tips kat atas tu dan saya juga gunakan pencuci organik Get Clean Hand Wash ni. Sangat puas hati sebab botol susu dan puting sangat bersih dan berkilat macam baru. Excited sungguh bila time mencuci botol anak-anak. Buih pun banyak walaupun guna setitik dua sahaja.


Let’s watch this video! Sila abaikan background suara anak lelaki saya tu ye?
VIDEO–> Puting botol berkilat selepas menggunakan Get Clean Dish Wash
Alhamdullilah so far memang ramai dah beli pencuci ni and give the positif feedback. Masalah kerak dan yellowish dan makin hilang lepas consistent guna. Yang penting sangat jimat sebab dah tak perlu tukar puting botol dengan kerap. FYI puting botol yang branded ni harganya bukanlah empat, lima ringgit tapi mencecah puluhan. Alhamdullilah saya sendiri dah jarang sangat tukar puting botol, kalau dulu memang kerap. Lainlah kalau digigit oleh anak terpaksa la pejam mata aje beli baru?.
So kalau berminat nak dapatkan pencuci botol ni bolehlah hubungi saya: Ila melalui sms/whatapps: 010-2204959.
Hanya beharga RM28 sahaja tetapi boleh digunakan sehingga 3-4 bulan. So it’s really a good investment.
Selamat mencuba!
Till then,
Ila~
Leave a Reply