Harga vivix shaklee memang tak dinafikan adalah paling mahal berbanding supplement shaklee yang lain. Vivix adalah tonik anti-penuaan yang dikeluarkan ke pasaran dunia setelah melalui kajian selama bertahun-tahun oleh saintis Shaklee. Pelbagai ujian dijalankan di makmal demi memastikan produk vivix yang dicipta betul- betul memberi manfaat pada badan kita. Selain itu, nak cipta vivix ni bukanlah guna bahan- bahan yang senang didapati atau murah. Contoh, anggur muscadine-salah satu kandungan utama dalam vivix harganya memang dah sedia mahal. Kalau tak silap sebiji anggur muscadine tu sahaja mencecah ratusan ringgit. Kalau sekilo mahu cecah ribuan. Oh ya anggur muscadine ni bukan macam anggur yang biasa kita makan tu. Saiznya sebesar bola golf dan khasiatnya pun amat bernilai. Dan atas faktor inilah juga mungkin harga vivix shaklee ni mahal.


Okey, berbalik pada topik tadi.
Harga vivix shaklee mahal, kalau dah mahal berbaloi ke nak beli?
Jom saya cerita, surprisingly walaupun vivix ni mahal, tapi ia adalah salah satu produk best selling shaklee. Setiap bulan memang ada permintaan untuk cod vivix di sekitar kluang. Belum masuk order melalui post lagi. Ternyata sudah ramai dalam kalangan kita yang mula sedar betapa money is not matters when it comes to health. Saya sendiri mula konsisten membeli vivix ni untuk mak (penghidap kencing manis) kerana sangat gembira melihat perubahan positif yang berlaku pada beliau. Kalau dulu tengok mak sentiasa letih tapi sekarang alhamdullilah mampu bercucuk tanam, menghadiri kelas agama dan melakukan rutin2 harian yang lain dengan lebih bertenaga. Begitu juga dengan pengalaman-pengalaman customer lain yang saya kongsikan dalam koleksi testimonial vivix ini.
Jadi bagaimana sebenarnya vivix ni berfungsi?
Vivix bertindak dengan cara melambatkan kesan penuaan di peringkat selular. Ada 4 cara vivix bertindak ke atas tubuh badan kita iaitu:
#1 Melindungi dan Memperbaiki Sel DNA
Setiap hari, sel badan kita akan terdedah dengan serangan hampir jutaan agen perosak DNA. Agen perosak ni boleh merosakkan pangkalan data genetik dengan cara menghasilkan “typo” iaitu kesilapan susunan DNA berbanding asal. Hal ini akan memberi kesan kepada fungsi dan jangka hayat sel kita. Semakin kita berumur, semakin banyak sel badan kita yang akan terdedah dengan kerosakan menyebabkan fungsi sel-sel kita terus merosot atau rosak. Vivix shaklee bertindak dengan cara melindungi DNA kita dari kerosakan sekaligus memperbetulkan kerosakan yang telah berlaku sebelumnya.
#2 Bantu melambatkan penuaan selular
Kemerosotan fungsi dan kecacatan DNA boleh mengakibatkan kemerosotan pada umur sel itu sendiri. Di dalam satu study yang shaklee conduct, ramuan dalam vivix terbukti dapat membantu melambatkan proses penuaan sel dengan cara mengaktifkan sistem pengawalan genetik. So kalau dapat turn down proses penuaan sel ni, sudah pasti jangka hayat sel kita kekal lebih lama.
#3 Memberi tenaga kepada sel
Mitokondria adalah sejenis organel yang berperanan menghasilkan tenaga kepada sel-sel di dalam tubuh kita. Bayangkan kalau kecekapan mitokondria ini berkurang, sudah tentu fungsi sel kita- kita juga turut berkurangan. Ramuan vivix mampu menggalakkan proses biogenesis iaitu proses untuk recharge dan duplicates ( penghasilan baru) mitokondria. So, bila adanya proses biogenesis ni penghasilan tenaga untuk keperluan sel akan mencukupi. Inilah sebabnya ramai consumer vivix yang bagi feedback lepas konsisten vivix badan rasa lebih bertenaga.
#4 Melambatkan pembentukan protein AGE
Penimbunan protein AGE (Advanced Glycation End products) dalam badan kita boleh menyebabkan kerosakan sel sekaligus menganggu keutuhan dan jangka hayat sel.
Protein AGE ini muncul disebabkan oleh dua faktor iaitu pertama gula berlebihan yang masuk dalam badan kita melalui pemakanan dan kedua disebabkan oleh produksi internal dalam badan kita. Sebab itu kita selalu dengar nak sihat nak awet muda kita mesti kurangkan pengambilan gula ( indeks glisemik tinggi) dalam diet harian. Selain untuk mengelakkan penyakit obesiti dan kencing manis, pengambilan gula secara terkawal boleh mengurangkan penimbunan AGE dalam badan kita.
Ramuan Vivix yang mengandungi 10X ganda resveratrol juga sangat membantu melambatkan pembentukan protein AGE itu tadi. Tapi sebaiknya cubalah kawal dulu pengambilan gula dalam diet seharian. Saya dah pernah buat diet less sugar ni memang akan rasa perubahan drastik kat tubuh badan seperti tak cepat letih, berat badan terkawal dan paling best rasa macam lebih mude gitu ☺️☺️
Okeh dah panjang lebar bercerita pasal mekanisme anti penuaan vivix ni. So berapa harga vivix shaklee ni sebenarnya?
Harga vivix shaklee retail adalah = RM475 sebotol. Namun jarang customer saya beli dengan harga ni sebab RUGI!
Kenapa rugi? Sebab harga RM475 ni dah hampir menyamai harga sebotol vivix + join keahliaan shaklee. So untuk dapat penjimatan sebaiknya teruslah join keahlian shaklee waktu beli sebotol vivix. Manalah tau lepas try sebotol ni terasa nak repeat order terus dapat beli dengan harga ahli sahaja untuk pembelian berikutnya.
Promosi vivix shaklee bulan ni!
Sesiapa yang beli vivix pada bulan ni semestinya akan menikmati lebih banyak penjimatan seperti di bawah??
- Beli dua botol vivix layak dapat penjimatan sebanyak 5% dari harga ahli.
- Beli 6 botol dapat FREE 1 botol vivix. Wah lebih jimat dari no 1!
- Dan last but not least, tidak kira samada dengan belian 2 botol atau 6 botol di atas anda layak dapat —> FREE keahlian shaklee, cash rebate dan penghantaran vivix ke rumah secara percuma.

Menarik bukan? Sebenarnya promosi twin vivix dan buy 6 FREE 1 ni memang dah lama sangat shaklee tak tawarkan. Tiba-tiba di penghujung 2017 ni shaklee buat promo, so jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga vivix shaklee yang jauh lebih murah daripada biasa! Untuk pertanyaan lanjut bolehlah hubungi saya dengan klik pada:
atau nak direct call 010-2204959 untuk tanya pun boleh. I’m so keen to help ?
All in all, jaga pemakanan, jaga diri jaga kesihatan sebelum terlambat. Kita takkan dapat hentikan penuaan, kita semua akan tua akhirnya . Tapi biarlah kita semua tua dengan sihat tanpa sakit- sakit kronik yang dapat menggangu urusan ibadat kita di penghujung usia nanti.
Till then,
Ila Hassan~
Saya juga adalah pengguna shaklee..
Memang produknya berkualiti.
Betul tu. Yang dah cuba aje akan tahu betapa best nya Shaklee ni:)
sesuai dgn kualitinya
Betul tu?
Yay terbaik! Yang minat, jangan lepaskan peluang 😀
jika mempunyai manfaat yang luarbiasa..
harga mahal pun berbaloi ..
kesihatan itu lagi mahal harganya