Sedikit pelik kan bila guna ikan tenggiri untuk masak celup tepung ni. Sebenarnya ni pun percubaan pertama saya. Tak sangka la sedap jugak bila buat ikan tenggiri celup tepung macam ni. Ada sedikit kreativiti and variasi la dalam masakan gitu ececeh. Alkisah semalam bukak freezer ternampak stock ikan tenggiri yang masih banyak. Husband memang suka sangat dengan ikan tenggiri. Jarang sangat takde stock kat rumah. Tiap kali ke pasar al wajibalghunnah la bagi dia untuk membeli. Cuma masalahnya ikan tenggiri ni anak2 kureng sikit nak makan. Masaklah goreng kicap ke, kari ke, sweet sour ke mak ayah dia la last-last jadi tukang perabih. Bukan tenggiri aje la tapi mana-mana ikan pun susah bebenor nak bertambah nasi bila spesis ikan menjadi menu utama. Cuba ikan tu jampi jadi ayam.. haihh laju la mereka bertiga mengadap.
Jadi bila duk brainstorming (amboi mcm besar sgt masalah ?) ngan suami nak buat ape dengan ikan tenggiri tu, maka keluar idea buat celup tepung. Manalah tahu bila alter rupa ikan tenggiri jadi fillets goreng bercelup tepung, anak- anak selera nak makan. Takdelah diorang makan supplement ikan semata-mata untuk dapatkan source DHA and DPA.
So jadi tak eksperimen kami tu? Mula- mula sebelum kasi diorang, kena go thru QC dengan ayahnya dulu. Ye la first time kan, dahla ikan tenggiri ni mahai kalau xmenjadi membazir pula nanti. Jadi sy buat sikit je dulu. First time makan.. tak sangka memang sedap! Rasa rangup je dan xrasa ikan sangat which is kami yakin la budak-budak akan suka.
So inilah resipi ikan tenggiri celup tepung anak-anak pasti suka!
Bahan-bahan:
- 1 keping ikan tenggiri size besar ( kalau saiz sedang guna 2 keping)
- Tepung serbaguna bestari ( rujuk gambar)

Tu dia 2 jenis bahan je senang amat. Saya tak guna telur untuk proses menyalut tepung pada ikan. Sebabnya combination telur dengan ikan tak elok, nanti x pasal- pasal sakit perut pula.
Cara-cara:
- Potong ikan tenggiri nipis-nipis macam dalam gambar. Tujuan potong nipis ni sebab kita nak make sure ikan tu cepat masak.
- Then, salutkan ikan tadi dengan tepung bestari ( sy guna jenis spicy sebab sedap). Lepas salut ni kita bukan terus goreng tau. Salutan pertama ni adalah sebagai perapan dan bertujuan untuk hilangkan rasa hanyir pada ikan. Selain tu, salutan pertama ni juga bertindak sebagai “gam” menggantikan telur.
- Final step celup tepung sekali lagi sebelum masuk ke dalam kuali panas- refer gambar.



Then tadaaa!

Inilah hasilnya ikan tenggiri celup tepung. Sekejap je budak tiga orang tu habiskan . Yang kelakarnya diaorang ckp sedap la ‘ayam’ ni mama. Haih la anak terpedaya juga kamu akhirnya?. So kalau mak- mak di luar sana yang ada masalah anak susah nak makan ikan, bolehlah cuba cara macam ni. At least dapatlah anak kita makan source of protein yang paling bagus iaitu ikan. Next time, saya nak cuba buat homemade fishball guna ikan tenggiri pula. Harap- harap eksperimen tenggiri yang kedua ni menjadi la juga. InsyaAllah saya akan update pada post akan datang ?
Lastly, selamat mencuba!
Till then,
Ilahassan~
2 kali salut yer. Tu rahsianya 😀
Ye wan.. jarang sangat guna telur selalu buat camni.
assalamualaikum admin terima kasih atas perkongsian menarik ini. salam singgah ya
lapar la plak tengok memalam nih.
haha
nasib tak tengok siang hari.
Взять ссылку на гидру и надежно покупать можно на страничках этого вебсайта. В онлайне зачастую возможно натолкнуться на жуликов и утерять свои личные средства. Именно поэтому для Вашей защиты мы спроектировали данный сетевой портал на котором Вы стабильно сможете иметь доступ к online-магазину трейдерской площадки гидра. Для совершения закупок на трейдерской платформе гидра наш портал каждый день посещает масса клиентов, для получения действующей рабочей гиперссылки, надо нажать на кнопку раскрыть и безопасно совершить покупку, а если Вы впервые вошли на портал до покупки изделия нужно пройти регистрацию в системе и пополнить баланс. Ваша безопасность наша главнейшая цель, которую мы с гордостью исполняем.