- Terlintas idea nak tulis cerita pasal bentan ni sebab tadi saya baru aje selesai menonton cerita bertajuk ‘Ikal Mayang’ tentang seorang ibu yang tak tahan dengan pantang sampai tahap nak meroyan. Penat- penat dah bersalin tiba- tiba si ibu nak cederakan bayi sendiri pula. Nauzubillah.
#1 Bentan urat : sendi badan menggigil kesejukan walaupun cuaca panas, berlaku bisa- bisa urat, seluruh otot badan tegang dan badan menjadi lemah seperti demam. Punca berlakunya bentan urat kerana ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal yang lasak. Rawatan bertungku atau mandi wap herba boleh melegakan bentan urat.
#2 Bentan urat peranakan : sakit pada bahagian ari-ari yang sederhana atau mungkin terlalu kuat sehingga mengakibatkan terjadi tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki, jatuh terduduk atau terhempas semasa dalam pantang yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.
#3 Bentan urat besar (pinggang): Kebiasannya bentan ini berlaku kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.
Tips Mengelakkan Bentan.
- Banyakkan berehat : jangan terlalu aktif /lasak especially ibu yang berpantang sendiri di rumah dan menguruskan anak- anak sendiri. Banyakkan rehat dan elakkan mengangkat objek berat. Mintalah banyuan daripadaa suami atau ibu untuk membantu anda di rumah.
- Elakkan jangkitan kuman: jaga kebersihan diri untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim dan saluran air kencing. Tukar pada sekerap yang mungkin untuk pastikan anda sentiasa bersih.
- Jaga pemakanan: paling penting please jaga makan. Sebab punca utama bentan adalah disebabkan pemakanan.Jangan culas makan vitamin! Ambilah vitamin yang tinggi dengan iron dan vitamin B bagi membantu penghasilan sel- sel darah yang banyak hilang semasa proses bersalin. Elakkan makanan yang ‘berbisa’ pada rahim,tajam, berangin dan bersifat sejuk seperti kangkung dan kacang panjang. Jangan lupa untuk makan set pantang mengikut aturan yang telah ditetapkan.
- Sentiasa memakai stokin dan pakaian tebal walaupun cuaca panas. Memang rasa agak ‘lemas’ tapi kena tahan:D
- Jangan berjalan laju: untuk elak daripada jahitan terbuka dan terlanggar benda keras yang boleh akibatkan bentan.
- Mandi dengan air suam : untuk elakkan badan menjadi sejuk dan urat kecut. Lagi best bila air tadi di campur dengan daun-daun herba. Sekarang ni dah ada jual paket air herba di kedai-kedai jamu boleh beli aje bagi ibu yang berpantang sendiri.
- Sentiasa bertungku untuk keluarkan darah-darah beku dari dalam badan.
Kesimpulannya,jagalah pantang selepas bersalin untuk elakkan bentan terjadi. Tempoh 44 hari itu memang menguji kesabaran. Tapi ada reward nya kerana ibu yang menjaga pantang kebanyakannya akan rasa lebih sihat, wajah lebih berseri, dan paling penting rahim lebih sihat so takdelah suami hilang minat di kemudian hari. All in all, rahim yang sihat akan terserlah dengan wajah yang berseri di luaran;)
P/S: Jangan lupa minta hasben masing- masing reward anda selepas habis pantang. Sekali sekali nak juga makan tempat best as a reward coz dah berjaya melepasi fasa pantang dengan sukses☺️☺️
Till then,
-BHBB-
Shaklee ID: 894213
010-2204959
Ada petua kawan saya yang dia amalkan. Tak tahulah kalau orang lain menjadi ke tidak. Kalau bentan, cepat-cepat ambik kunyit hidup gesek dengan kapur makan. Sapu kat semua hujung kuku. Lepas tu selimut dan minum air kopi. Itu yang di buat dan cepat eloknya. Mana tau kan kalau menjadi alhamdulillah.
rahimah recently posted…3 Tips Bagaimana Memilih Pakaian Musim Sejuk Thermal Yang Betul.
Oh first time dengar petua ni. Boleh diamalkan insyaAllah dulu masa kena tu mmg berselimut tebal dan tungku aje
Halilah Hassan recently posted…Masalah & Risiko Hamil dengan Uri Di Bawah (Placenta Previa)
Memang bahaya sangat bentan.
Tapi ramai tak endah akan kepentingannya.
Sebab ia akan bagi kesan yang lama bila usia meningkat kan.
Kadang2 lepas abis pantang 45 hari pun boleh bentan juga.
Sangat leceh dan rumit bila badan kita tak sihat, anak2 terabai.
Betul tu azeni kalau si ibu yang tak sihat memang semua akan jadi terabai, rumah and anak-anak sekali. Sebab tu pantang kene jaga betul2, badan nak pakai lama, dah serik kene bentan
Halilah Hassan recently posted…Masalah & Risiko Hamil dengan Uri Di Bawah (Placenta Previa)