• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Ila Hassan

….positive heart, positive vibes!

  • HOME
  • SIAPA SAYA?
  • CARA ORDER
  • COD SHAKLEE
  • BEST SELLER
    • Vitamin C Shaklee
    • Vitamin E Shaklee
    • Set Skin Cantik
    • Set Ibu Hamil Cergas Shaklee
    • Set Bersalin Shaklee
  • SIDE INCOME

Nampak Tua Sebelum Usia? Punca No. 10 Paling Ramai Buat Tanpa Sedar!

December 7, 2017 by Ila Hassan 1 Comment

Wajah nampak tua sebelum usia? Bila cerita bab umur biasanya kaum perempuan la yang sensitif takut betul kalau orang teka umur jauh lagi tua dari usia sebenar, ye tak? Lagi sentap rasanya bila berjalan ngan cik suami, disangkakan suami kita tu adik. Aiyooo mintak jauh! ?

nampak tua Sebelum usia
semua wanita akan happy bila wajah kelihatan muda sentiasa.

Sebenarnya banyak faktor yang boleh membuatkan seseorang tu kelihatan sedikit matang dari usia sebenar. Faktor ni termasuklah dari segi diet kita, rutin penjagaan diri, gaya hidup harian dan sebagainya. So harini saya akan rumuskan sebab utama seseorang individu nampak tua sebelum usia. Sekurangnya-kurangnya kita bolehlah buat sedikit perubahan dalam diri. Penuaan memang tak boleh elak. Takkan ada manusia kat muka bumi ni yang akan nampak macam 25 tahun selama-lamanya. Tapi at least proses penuaan ni boleh dilambatkan. Paling takpun takde orang tersalah teka usia kita terlebih dari angka sebenarnya pun dah cukup kan?

Okay ini dia 10 sebab utama yang boleh membuatkan seseorang individu nampak tua sebelum usia.

#1 Pendedahan terhadap cahaya matahari secara berlebihan

Believe it or not, pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari menyumbang sebanyak 70 % kepada proses penuaan. Cahaya matahari berpotensi merosakkan kolagen di dalam kulit melalui proses dinamakan solar elastosis. Proses ini menyebabkan struktur asas kulit rosak sekaligus membuatkan kulit kelihatan kasar, kering dan cepat berkedut. Selain itu pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari juga berpontensi menyebabkan kanser kulit yang serius. Jadi, walaupun cahaya matahari penting untuk sumber vitamin D, tapi ambillah langkah untuk elak pendedahan secara langsung (direct exposure) kepada matahari dengan memakai top atau payung. Selain itu jangan lupa untuk sentiasa gunakan krim muka yang mengandungi SPF dan juga sunglasses untuk melindungi mata.

#2 Pengambilan gula yang berlebihan

Gula seperti yang kita tahu, selain daripada mengundang pelbagai penyakit bahaya, ia juga adalah faktor kenapa seseorang nampak cepat tua. Surprisingly banyak makanan/ minuman yang dijual di pasaran mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Boleh refer entri saya sebelum ini: Fakta kandungan gula dalam makanan harían yang mengejutkan!

#3 Posisi tidur

Awas dengan posisi tidur bertiarap! Selain daripada tidak elok untuk kesihatan, amalan posisi tidur sebegini juga menyebabkan kulit wajah cepat berkedut dan nampak tua. Dalam agama Islam sendiri pun tidak menggalakkan kita tidur sebegini. Sebab itulah kalau ada anak kita tidur macam ni eloklah dilarang lebih awal, nanti jadi habit lagi susah.

#4Diet tidak sihat

Pasti kita pernah dengar dengan pepatah omputeh ini “you are what you eat”. Faktor major yang menyumbang kepada apa yang tergambar di wajah dan tahap kesihatan sudah tentu berpunca dari apa yang kita makan setiap hari. Pengambilan kafein berlebihan, kurang protein, kurang makan sayur-sayuran serta pengambilan gula berlebihan bukan sahaja boleh buat kita cepat nampak tua dari usia, tapi sangatlah tidak elok untuk kesihatan. Sentiasalah amalkan diet yang sihat. Try to eat clean ya!

#5 Kurang exercise

Okeh yang ni memang ramai antara kita yang mungkin skip atas faktor kesibukan kerja dan sebagainya. Tapi sebolehnya cubalah peruntukkan sedikit masa untuk bersenam. Paling minimum sejam seminggu. Bersenam bantu tonned body kita jadi cantik sebab bila kita exercise, kita dapat dapat tambahkan jisim otot. So, bila jisim otot dah meningkat takdelah kulit kita nampak kendur sana sini. Sebab tu mana-mana diet plan sekali pun diet is very crucial. Kalau dapat buat cardio exercise lagi bagus. Actually, banyak video-video ringkas yang boleh kita follow untuk jadikan exercise tu lagi lebih menyeronokkan. My favourite adalah dari Bipasha Basu ni : 30 minit cardio workout bleh slim seperti Bipasha. Kalau tak sempat, saya akan follow 5 mins cardio exercise 🙂

#6 Tekanan

No 6 ni kita memang susah nak elak. Bukan namanya hidup kalau tak pernah mengalami apa-apa masalah bukan. Tapi walau bagaimana sekaligun cubalah elakkan diri dari stress terlampau. Stress melampau akan menyebabkan badan kita mengeluarkan hormone adrenaline dan cortisol yang boleh mempercepatkan lagi proses penuaan.

#7 Tidur tidak mencukupi

Secara natural nya badan kita akan melalui proses membaiki dan memperbaharui sel- sel kulit pada waktu malam. Pada waktu tidur yang lena, pituitary glands dalam badan kita akan mengeluarkan growth hormones yang menjalankan fungsi pembahruan sel ni. Bayangkan kalau kita tidur tak cukup, sudah pasti proses ni tak dapat berlaku dengan kerap dan efisyen bukan? Bukan sahaja wajah nampak tua dari usia, tidur yang tak cukup akan buat badan kita tidak bermaya, masalah mata lebam dan paling merunsingkan boleh jadi penyebab pelbagai penyakit kronik.

#8 Mimik muka

Jaga-jaga dengan mimik muka kita. Kadang-kadang bab ni memang kita tak perasan. Especially mak-mak ni kan bila dengan anak memang macam-macam mimik muka kita buat especially bila kita tengah marah, bermain atau mengajar mereka dengan perkara-perkara baru. Ekspresi muka yang intense atau terlalu kerap akan menimbulkan garisan halus pada wajah. Perkara ni juge berkait rapat  dengan stress,  kalau asyik berkerut atau bermasam muka lama-lama muncullah frown lines kat dahi. Jaga-jaga sebab petanda ni boleh muncul walaupun kita masih remaja 20 an.

#9 Skip krim malam

Bab ni boleh baca dengan lebih jelas di entri saya sebelum ni: Amalkan krim malam kalau nak sentiasa  nampak muda sebelum usia!

#10 Selalu berfikiran negatif dan bersangka buruk pada orang lain

Above all saya rasa part ni ramai kita-kita yang take for granted. Perasan tak, orang – orang yang berfikiran positif, bersangka baik dengan orang ni personalitinya nampak cantik muda selalu. Dalam Islam sendiri amat melarang kita mencaci mengumpat orang lain. Sikap negatif seperti ni akan buatkan seseorang tu hilang seri pada wajah. Kalau dah selalu sangat fikir buruk mengata orang lain tak mustahil lama-kelamaan hati kita boleh menjadi hitam. Nauzubillah. Jadi sebelum cantikkan wajah tubuh badan kita, apa kata kita cantikkan dulu hati dan rohani kita. InsyaAllah bila rohani dan hati kita cantik, akan terserlahlah kecantikan wajah kita. Barulah namanya beauty comes from within 🙂

Kesimpulannya, nak nampak sentiasa awet muda, kenalah mula dari awal. Rajin jaga perkara kat atas ni insyaAllah bukan sahaja nampak nampak muda, tapi tubuh badan kita pun sihat selalu. Ada juga yang cuba supplement anti penuaan peringkat cellular ni untuk awet muda. Namun kalau sekadar ambil supplement, tapi bab kat atas ni tak jaga, susah juga. Jadi jaga rohani, jaga diri, sentiasa happy insyaAllah always forever young gituuu!

Till then, xoxo,

Ilahassan~

 

Filed Under: Umum Tagged With: nampak tua sebelum usia, tips awet muda, vivix anti penuaan

About Ila Hassan

I’m a mom to 3 wonderful kids. Health and beauty enthusiast, love to blog, love to travel and of course I am your Certified Shaklee Independent Distributor since 2013.

Reader Interactions

Comments

  1. encikhafiz.com says

    December 28, 2017 at 9:51 am

    what a nice article. thank for this useful tips

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Instagram Feed

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No connected account.

Please go to the Instagram Feed settings page to connect an account.

Recent Posts

  • Ikan Tenggiri Celup Tepung Rangup!
  • Harga Vivix Shaklee Mahal? Nak Jimat Wang, Nikmati Promosi Sekarang!
  • Pengalaman Memakai Implanon. 4 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Pasang Implan.
  • Nampak Tua Sebelum Usia? Punca No. 10 Paling Ramai Buat Tanpa Sedar!
  • Beli Vivix di Kluang. Khidmat COD Free of Charge!

Recent Comments

  • dimabosway on Pengalaman Memakai Implanon. 4 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Pasang Implan.
  • Sakura188.com on Pengalaman Memakai Implanon. 4 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Pasang Implan.
  • Гидра сайт on Ikan Tenggiri Celup Tepung Rangup!
  • Ila Hassan on 5 Tips Memilih Tukang Urut Selepas Bersalin
  • Yan on 5 Tips Memilih Tukang Urut Selepas Bersalin
  • titan on Ikan Tenggiri Celup Tepung Rangup!

My Writings

  • Advetorial (5)
  • Baby and Kids (22)
  • Celoteh Saya! (6)
  • Food Pleasure (6)
  • Kehamilan (32)
  • Shaklee Lover (42)
  • Side Income (6)
  • Tips Berpantang (12)
  • Tips Breastfeeding (8)
  • Tips Kecantikan (13)
  • Tips Slimming (1)
  • Tips Wanita (14)
  • Umum (12)
  • Uncategorized (1)

The Best of Vivix

pengedar vivix kluang

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in