• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Ila Hassan

….positive heart, positive vibes!

  • HOME
  • SIAPA SAYA?
  • CARA ORDER
  • COD SHAKLEE
  • BEST SELLER
    • Vitamin C Shaklee
    • Vitamin E Shaklee
    • Set Skin Cantik
    • Set Ibu Hamil Cergas Shaklee
    • Set Bersalin Shaklee
  • SIDE INCOME

Pengalaman Memakai Implanon. 4 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Pasang Implan.

December 9, 2017 by Ila Hassan 4 Comments

Bercerita pasal pengalaman memakai implanon, dah nak masuk 2 tahun 8 bulan saya memasang “susuk” pencegah kehamilan ni pada lengan kiri. Kalau nak tau details  proses pemasangan implanon ni boleh rujuk entri yang saya pernah kongsikan sebelum ini: Pasang Implanon Selepas Lahirkan Jannah.

pengalaman memakai implanon
Inilah rupa implanon yang telah dimasukkan ke dalam bawah lapisan kulit di bawah lengan. Jaga2 sebab kedudukan implan ni berubah kalau lasak sangat. Tapi risiko untuk patah tu amatlah tipis.[Gambar: Google]

Cerita pasal pengalaman memakai implanon, saya start pakai pada hujung bulan April 2015, right after habis tempoh berpantang lahirkan Jannah. Tidak dinafikan memang susah kot nak decide pakai implanon ni. Masa tu macam-macam orang cakap badan akan berisi la, mahal la, period kucar kacir dan ada juga yang cakap boleh lead to cancer (nauzubillah). Stress juga dibuatnya. Tapi bila difikirkan inilah satu-satu kaedah yang paling selamat (99% safe), saya teruskan juga. Dan setelah hampir masuk 3 tahun iaitu tempoh expired implanon ni, apa yang dah saya lalui? Jeng.. jeng..jeng..

Ok saya akan rumuskan dalam 4 point pengalaman memakai implanon ni iaitu:

#1 Kos pemasangan

Kos pemasangan implanon ni sebenarnya bergantung kepada tempat kita pasang implanon tu.Pengalaman saya dulu waktu survey, range kos nak pasang implanon ni dalam RM400 hingga mencecah RM700. Kalau buat di LPPKN mungkin boleh dapat lagi murah. Actually harga implanon tu sendiri RM350 sahaja. Saya dapat tau ni pun sebab waktu nak pakai implanon dulu adik ipar yang buat the procedure, so direct tanya personal gynae saya tu hehe. Jadi kalau nak try implanon saya cadangkan survey beberapa tempat terlebih dahulu untuk dapatkan kos yang paling reasonable. Mahal? Mungkin ramai yang cakap kos pakai implanon ni mahal sebab terus kena keluarkan wang yang banyak waktu nak pasang implanon tu. Pendapat saya untuk tempoh 3 tahun harga 400-500 tu tidaklah mahal. Lagipun sekali pasang je dah takyah pening-pening dah fikir terlupa makan ubat, nak set appointment injection dan sebagainya. Lepas 3 tahun boleh dikeluarkan, dan kos keluarkan implanon tidaklah mahal.

#2 Haid tidak teratur dan berpanjangan

Next bab period tak teratur ni memang tak dinafikan. Dulu, sebelum pasang implanon, period saya boleh dikatakan agak tetap, setiap 28 hari kitarannya. 7-8 hari dah clear dah darah period. Tapi bila dah pakai ya Allah memang stress dibuatnya. Most of the time jumlah hari period dalam 15 hingga 20 hari (dah dikira darah istihadah). Pernah juga dalam sebulan 5 hari je tak datang period. Kadang- kadang darah yang keluar heavy, kadang-kadang darah keluar sikit tapi lama. Pernah juga jumpa doktor dan diberi ubat tahan darah tapi bila nak makan je, eh pandai pulak darah tu nak berhenti. Macam tau2 je empunya diri ni penakut ubat ??. Tapi itu pengalaman saya la, ada juga beberapa orang kawan saya bila pakai implanon ni langsung tak datang period or datang period 3,4 kali je. Ada juga yang langsung tak kacau period. Jadi bergantung pada badan masing-masing.

#3 Berat badan naik

Bab badan berisi ni, mungkin ada betulnya. Lepas pakai implanon tu memang selera makan saya ibarat monster. Asyik makan je kerjanya. Nasib baik waktu tu masih menyusukan Jannah so berat takdelah naik, menten je. Masalah berat naik ni bermula bila saya stop menyusu badan setahun lepas. Berat memang sipi-sipi je nak melepasi BMI. Ramai jugak la yang menegur makin “comel” ??. Jadi pendapat saya kalau taknak badan naik, kena jaga makan,  jangan dilayankan sangat selera makan yang sangat mebuak-buak. Unless kalau boleh buat regular exercise mungkin tak terkesan sangat. Kalori yang diambil boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti workout yang kita lakukan. Tapi kalau gaya hidup kita jenis sedentary, kena jaga-jaga selalu. But sekali lagi ni cuma pengalaman saya. Saya sendiri tak pasti jika pakai implanon tu memang automatik buat berat badan naik mencanak walaupun selera makan normal. If mommy2 ada pengalaman sedemikian please share kat komen di bawah ya. Teringin juga nak tahu?

Lastly,

#4 Kesan-kesan sampingan lain

Antara kesan lain yang saya dapat adalah mood swing  (nasib baik bukan selalu?). Tu pun perasan sebab hasben yang bagi tau. Kesan-kesan sampingan seperti sakit/pening kepala, sakit-sakit badan, period pain dan sebagainya alhamdullilah saya tak pernah lalui. Ada beberapa kawan saya lalui kesan sebegini so, end up keluarkan implanon. Lepas keluarkan baru ok. Mungkin xserasi dengan badan mereka. Jadi ada risiko skit la pakai implanon ni.Takut tak serasi dengan badan terpaksa buang and menanggung kos kerugian sebab dah invest mahal tuk pasang. But still, nak tau serasi ke tidak kena pakai dulu, jadi kenalah sedia ambil risiko.

Kesimpulannya, pengalaman memakai implanon untuk saya masih dalam tahap boleh tolerate lagi. Cuma no 2 tu je la buat saya banyak kali fikir nak bukak ke tidak. Tapi nak bukak pun takut, risau ter mengandung lagi so hadapi jelah period kacau bilau tu walaupun stress ??. Alhamdullilah dah nak masuk 3 tahun dah, lepas bukak cik implanon ni bolehlah fikir nak tambah ke-4 pula. InsyaAllah next time saya akan post tentang proses keluarkan implanon ni. Bulan 4 next year okay.Tunggu~

❤️

Ilahassan~

Filed Under: Kehamilan Tagged With: badan gemuk lepas pakai implanon, haid tidak teratur kerana implanon, kesan pakai implanon, pengalaman memakai implanon, side effect implanon

About Ila Hassan

I’m a mom to 3 wonderful kids. Health and beauty enthusiast, love to blog, love to travel and of course I am your Certified Shaklee Independent Distributor since 2013.

Reader Interactions

Comments

  1. mrhanafi says

    December 11, 2017 at 10:13 pm

    satu testimoni yang sangat menarik dalam perancang keluarga..

    harga satu set pun boleh tahan tetapi berbaloi untuk menjarakkan anak

    Reply
    • Ila Hassan says

      December 12, 2017 at 1:35 pm

      Ya betul, hassle free implanon ni, tapi itulah ada risikonya.

      Reply
  2. Sakura188.com says

    November 22, 2020 at 4:56 pm

    Sakura188 qualified Register & Login
    For those of you who have often played online gambling, you
    enormously don’t craving to notify what are the advantages of this game.
    Apart from the challenges and the fun they get, those who measure online gambling can, of course, earn pension just by playing the games they like.

    in imitation of else can you create child support from fun things?

    To be practiced to enjoy online gambling games, of course you must first register as a fanatic on a trusted online gambling site.
    One of the online gambling sites that has been used by millions of players throughout Indonesia is Sakura188.

    Our site is one of the best online gambling game provider agents in Indonesia.
    Presenting all types of the best and most well-liked online gambling games such as soccer gambling, alive casino,
    online poker, slot gambling and thus on. By becoming a member on this site, you will
    automatically be closer to ability in the online gambling industry.
    Sakura188.com recently posted…Sakura188.comMy Profile

    Reply
  3. dimabosway says

    February 17, 2021 at 8:39 am

    link to the firm Mabosway sports betting swing by registering
    – Are you looking for an looking for excitement and other
    experience in the world of online gambling?
    You have arrive to the right place, because here you can colleague us, the
    best and most trusted gambling site agent in Indonesia!

    We are fortunate to be able to present the best servants to members who are always faithful
    to trust us and make us a gambling partner. Therefore, we have prepared
    various types of fun and well-liked games such as Mabosway sports
    betting, casino, lottery, and others.

    Not forlorn that, there are afterward many promos that we
    will meet the expense of and of course it is all aimed at the improvement of the members.

    all the facilities that are standard for you in the manner of you become a fanatic
    here. Here are some of our advantages more than supplementary sites:

    The accumulation and cancellation process is fast and accurate
    Members’ personal data and identities are
    always safe and will not leak to extra parties
    Mabosway login, one user ID that can be used for various types
    of games
    Customer staff who are always ready to put up to you 24/7
    Unlimited Bonuses and Promos
    The best support supported by years of experience has made Mabosway
    always trusted by its members and earned the title as the best gambling site agent in Indonesia.
    dimabosway recently posted…dimaboswayMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Instagram Feed

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No connected account.

Please go to the Instagram Feed settings page to connect an account.

Recent Posts

  • Ikan Tenggiri Celup Tepung Rangup!
  • Harga Vivix Shaklee Mahal? Nak Jimat Wang, Nikmati Promosi Sekarang!
  • Pengalaman Memakai Implanon. 4 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Pasang Implan.
  • Nampak Tua Sebelum Usia? Punca No. 10 Paling Ramai Buat Tanpa Sedar!
  • Beli Vivix di Kluang. Khidmat COD Free of Charge!

Recent Comments

  • dimabosway on Pengalaman Memakai Implanon. 4 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Pasang Implan.
  • Sakura188.com on Pengalaman Memakai Implanon. 4 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Pasang Implan.
  • Гидра сайт on Ikan Tenggiri Celup Tepung Rangup!
  • Ila Hassan on 5 Tips Memilih Tukang Urut Selepas Bersalin
  • Yan on 5 Tips Memilih Tukang Urut Selepas Bersalin
  • titan on Ikan Tenggiri Celup Tepung Rangup!

My Writings

  • Advetorial (5)
  • Baby and Kids (22)
  • Celoteh Saya! (6)
  • Food Pleasure (6)
  • Kehamilan (32)
  • Shaklee Lover (42)
  • Side Income (6)
  • Tips Berpantang (12)
  • Tips Breastfeeding (8)
  • Tips Kecantikan (13)
  • Tips Slimming (1)
  • Tips Wanita (14)
  • Umum (12)
  • Uncategorized (1)

The Best of Vivix

pengedar vivix kluang

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in