Sape pernah makan puding raja? Kalau orang Pahang especially belah- belah Pekan confirm dah pernah makan kan? Al kisahnya mula berkenalan dengan puding raja ni semasa berkahwin dengan encik husband 6 tahun lepas. Husband asal Pahang. Waktu wedding reception tu puding ni adalah salah satu dessert yang dihidangkan untuk pengantin. Mak dan makcik saya yang duk satu meja dengan pengantin waktu tu tak habis-habis duk citer kesedapan puding raja ni. Maklumlah kami anak kelantan mana pernah merasa. Eh tapi tak kawen ngan orang Pahang pun boleh makan dengan syarat kena la berkunjung ke Pahang. Especially waktu bulan puasa macam ni, selalunya ada kat bazar Ramadhan di sekitar Kuantan dan Pekan. Kitaorang suami isteri tiap kali balik kampung time puasa memang beli. Mil siap bagi bekal bawak balik Kluang siap-siap. Sangat memahami menantunya yang gemarkan puding raja ni😅.

Leave a Reply