Alhamdullilah dah hari ke-3 Ramadhan. Ibu- ibu menyusu bagaimana? So far so good? Ini juga merupakan pengalaman ke -2 saya menyusu sambil berpuasa , setakat ni Alhamdullilah masih berjaya menjalani ibadah puasa while breastfeeding cuma hari pertama ada pening sikit yang mana saya assume sebab badan baru nak adapt dengan suasana puasa (dek kerana sebelum ni makan macam monster🙊). Hari ke-2 dan ke-3 dah ok dah 😊.

Just nak share ngan mommies semua, sebagai ibu yang menyusukan bayi apakah makanan terbaik untuk diambil ketika bersahur supaya badan kita tak lembik dan pada masa yang sama kuantiti susu tak merundum. Terutamanya buat ibu yang bekerja, nak kena kumpul stock susu lagi, mesti lagi mencabar bukan? Mula- mula sekali kita kena faham sebenarnya ibadah puasa tidak sama sekali boleh menjejaskan kuantiti susu yang dihasilkan UNLESS jika ibu mengalami dehidrasi yang teruk, susu ibu mungkin akan merundum. Penyelidikan yang dilakukan di US juga menunjukkan berpuasa di bulan Ramadhan tidak memberikan kesan significant terhadap pengurangan susu ibu. Ini kerana badan ibu yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik secara semulajadi agar pengeluaran susu tidak terganggu. Subhanallah sangat hebat ciptaan Allah kan?
Selain daripada konsep demand vs supply yang WAJIB dipraktiskan terdapat beberapa tips yang mungkin ibu-ibu menyusu boleh amalkan supaya badan kekal bertenaga dan paling best susu tak merundum ketika berpuasa. Alhamdulillah saya dah amalkan and it works! So apa salahnya ibu-ibu pula turut mencuba, insyaAllah ada kelainannya 🙂
Tips Ibu Menyusu Berpuasa Kekal Bertenaga dan Susu Tidak Merundum
- Makan kurma 3 biji sehari semasa sahur: so far yang ni saya tak pernah skip.Dalam kurma tu sendiri terdapat pelbagai nutrients yang sangat amat berguna untuk ibu dan bayi yang disusui. Kajian juga membuktikan pengambilan kurma mampu membekalkan tenaga yang cukup sepanjang seharian berpuasa. Minumlah kurma dengan susu dan oat (blend sekali) hasilnya memang kurang rasa lapar dan lebih bertenaga. Neelofa pun buat macam ni tau! 🙂
- Elakkan dehidrasi : Ibu menyusu akan lebih cepat rasa dahaga sebab itu penting untuk ibu kekal hidrat dengan cara meminum air pada kuantiti yang mencukupi di antara waktu berbuka hingga waktu sahur. Ini akan memberi kesan pada badan ibu keesokan harinya. Minum pada kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jangan pula minum 2-3 liter air sekaligus.
- Amalkan corak pemakanan yang betul : Tak perlu makan banyak tetapi makan dengan bijak. Wah macam mana tu? Caranya ialah dengan memilih makanan yang mempunyai nilai indeks glisemik (glycemic index – GI) yang rendah. Bila nilai GI rendah maka makanan yang kita makan tadi akan membebaskan tenaga secara perlahan-lahan. Jadi badan akan sentiasa ‘dibekalkan’ dengan tenaga berterusan dan kita rasa kenyang lebih lama. Berbeza dengan GI yang tinggi, kaborhidrat akan terurai dengan lebih cepat hasilnya badan lebih cepat letih dan cepat lapar. Saya memang tak pernah skip makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah sewaktu sahur. Alhamdullilah amat berkesan, kenyang dan bertenaga lebih lama.
- Makan secukupnya: Selain minum air yang mencukupi, makan pun mestilah cukup juga. Jangan sesekali skip waktu sahur, makanlah dengan kerap pada kuantiti yang sedikit di antara waktu berbuka hingga sahur.
- Ambillah supplement khas buat ibu menyusu bagi memastikan badan dibekalkan dengan nutrisi yang mencukupi di samping membantu ibu-ibu kekal bertenaga sepanjang menyusui anak selama 2 tahun.

InsyaAllah para ibu yang menyusukan anak boleh menjalani ibadah puasa dengan jayanya tanpa menjejaskan kualiti serta kuantiti susu. Ingat bahawa kekurangan susu semasa berpuasa bukanlah disebabkan ibu berpuasa tetapi kerana kurangnya rangsangan melalui direct feeding atau pump. Hindarkan rasa bimbang dan risau yang terlampau, in fact perasan risau boleh memudaratkan lagi keadaan. Berpuasa sudah pasti mendatangkan banyak kebaikan berbanding kemudaratan. Namun jika ibu mengalami masalah kesihatan atau dehidrasi yang teruk, haruslah segera berbuka sepertimana keringanan yang dibolehkan buat ibu menyusu. Sesungguhnya Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Happy fasting while breastfeeding~
Leave a Reply