Tahukah ibu- ibu semua bahawa Omega-3 sewaktu hamil sangat-sangat penting? Ia bukan sahaja berguna untuk perkembangan otak, saraf dan mata bayi dalam kandungan tapi juga amat penting untuk kesihatan ibu yang sedang hamil.
Omega-3 merupakan sejenis asid lemak yang mengandungi DHA dan EPA. Asid lemak omega-3 tidak dapat disintesis (dihasilkan) oleh tubuh, jadi ia mestilah di diambil melalui pemakanan atau supplements. Kajian menunjukkan wanita hamil memerlukan lebih DHA tambahan kerana DHA ini perlu disalurkan melalui placenta kepada bayi dalam kandungan. Pada trimester ke 2 kehamilan perkembangan otak dan mata janin berlaku dengan sangat pesat. Keperluan DHA pada waktu ni sangat crucial. Kalaulah DHA dalam badan ibu tak cukup, maka pertumbuhan otak dan mata janin akan terjejas. Selain itu, kekurangan DHA boleh menyebabkan fungsi otak ibu seperti daya fikir dan daya ingatan ibu menyusut sehingga 21%. Sebab itu kalau kita perasan ada ibu- ibu hamil atau menyusu sering menjadi pelupa, dan mengalami gangguan mental seperti kemurungan terutamanya selepas bersalin.
Kelebihan Mengambil Omega-3 untuk Ibu Hamil
- Omega-3 yang diambil semasa hamil membantu penghasilan susu ibu yang sangat tinggi dengan nilai DHA. Sebab itu ibu yang menyusukan anak sangat sangat disarankan mengambil makanan/ supplemen omega 3 bukan sahaja semasa hamil tetapi sepanjang menyusukan anak.
- Omega-3 yang tinggi terbukti menjadikan bayi di kandung lebih pintar. Yang ni amat berkait rapat dengan point yang saya ulas sebelum ni iaitu kepentingan omega -3 untuk perkembangan otak, kognitif dan visual bayi. Tahukan anda sebenarnya kekurangan asid lemak omega-3 ketika peringkat janin tidak boleh digantikan walaupun dengan usaha meningkatkan pengambilan omega-3 selepas kelahiran. Maksudnya kat sini nak anak yang bijak pandai mestilah bermula sejak dari kandungan lagi bukan selepas bayi lahir baru nak start supply anak dengan susu yang ada DHA tinggi. Kalau kita tengok juga amalan masyarakat Yahudi yang sangat bijak pandai (
walaupun jahat tak berperikemanusiaan), kaum wanitanya sangat menitik beratkan pengambilan minyak ikan yang kaya dengan omega-3 semasa hamil selain daripada rangsangan bayi melalui komunikasi percakapan dan muzik. - Kajian juga menunjukkan pengambilan diet omega-3 yang tinggi semasa hamil boleh mengurangkan risiko allergy kepada bayi. Bab ni saya sendiri experience ketika mengandungkan haziq, kulit Haziq masyaAllah sangat cantik, takde eczema dan tak pernah kena allergy compare to kakak dia Hannah yang kulit sangat sensitif. Untuk pengetahuan anda, saya langsung tak ambil apa-apa supplemen omega-3 semasa mengandungkan hannah, dalam bentuk makanan harian pun amat kurang. Waktu tu tak tahu pun betapa sangat berguna asid lemak omega-3 ni pada dia. Menyesal pun dah tak guna, kesian kakak 😭. Nasib baik waktu Haziq dan Jannah dah tak missed ambil supplement omega-3 ni setiap hari.
- Omega-3 mengelakkan risiko pre-term labour (iaitu kelahiran bayi sebelum 37 minggu) dan juga risiko preeclampsia.
- Mengawal berat badan ketika hamil, bila berat badan terkawal maka kuranglah risiko terdedah kepada penyakit kencing manis ketika hamil. Alhamdullilah sepanjang hamil kenaikan berat badan saya cantik. Average kenaikan dalam 12 kg sahaja walaupun baby saya dalam kategori besar (more than 3.5 kg). Masa mengandung selera makan memang ibarat monster, nak kurangkan makan tu memang teramatlah susah tapi ibu- ibu boleh menyahkan lemak- lemak tidak diingi dengan mengambil omega-3 yang terbukti berupaya meningkatkan metabolisme dan membakar lemak.
- Mengurangkan risiko postpartum deppression selepas bersalin. Ini berkait rapat dengan peranan omega-3 bagi menyokong fungsi otak ibu. Jika badan ibu tidak dibekalkan dengan asid lemak omega-3 tambahan ( DHA dan EPA) ketika hamil, maka bayi dalam kandungan akan menyerap DHA terus dari badan ibu untuk memnuhi keperluannya. Akibatnya ibu menjadi murung, tertekan atau bahasa saintifiknya postpartum depression selepas bersalin.
Berapa banyak asid lemak omega-3 (DHA dan EPA) yang ibu hamil kena ambil?
Pakar menyarankan ibu hamil perlu mengambil sekurang- kurangnya 200mg asid lemak omega-3 setiap hari sewaktu hamil. Bekalan asid lemak omega- 3 ni boleh didapati melalui 2 cara iaitu:
1- Pemakanan : Antara jenis makanan yang tingi dengan sumber asid lemak omega-3 adalah makanan laut terutamanya dari ikan jenis laut dalam (seperti salmon, markerel, tuna), telur, minyak biji flaks (flax seed oil), minyak sayuran dan susu yang diperkaya dengan DHA.
Walau bagaimanapun, Food Drug Administration (FDA) menyarankan pengambilan makanan laut yang terhad kepada 340gm seminggu kerana kebimbangan pencemaran yang dialami oleh makanan laut ini. Apabila tercemar maka makanan laut ini terdedah kepada toxin terutamanya merkuri yang sangat tidak elok untuk janin.2- Supplemen minyak ikan: Alternatif kepada pemakanan yang mengandungi omega-3. Memandangkan sumber dari makanan harian agak terhad, nak makan seafood pun kena limit sebab risiko pencemaran toksik terutamanya merkuri. Jadi ibu boleh mengambil supplemen omega-3. Tetapi, nak pilih supplemen omega-3 ni kena berhati- hati. Tak semua supplemen omega-3 yang berada di pasaran benar-benar bagus dan bebas pencemaran toksik. Paling selamat ialah supplemen omega-3 yang menggunakan minyak ikan dari jenis ikan kecil, bukannya yang diekstrak menggunakan hati ikan. (surprisingly,banyak yang terjual kat pasaran adalah dari jenis hati ikan kod 😫). Seperti yang kita tahu hati adalah tempat pengumpulan toksin selain tinggi dengan kandungan vitamin A yang teratogenic atau bahaya untuk janin. Ikan yang jenis besar pula lebih terdedah dengan risiko pencemaran toksin. Kesian baby kita badannya yang fragile dah terdedah dengan unsur toksik pula. Oleh itu, pastikan brand supplemen omega-3 yang anda ambil telah menjalankan proses penyulingan yang teliti selain daripada bersumberkan minyak ikan dari ikan kecil.
Alhamdullilah saya mengamalkan supplement omega-3 yang benar- benar bebas dari pencemaran toksik dan ternyata selamat untuk bayi.–> inilah supplement omega-3 FAVOURITE saya sehingga sekarang!
——–Kesimpulannya, nak anak yang bijak pandai mestilah bermula sejak dalam perut ibu lagi. Amalkan pengambilan omega-3 sewaktu hamil. Jangan jadi macam saya yang dah menyesal sebab tak amalkan omega-3 waktu anak sulung dulu. Sebab utama adalah kerana tidak tahu kepentingan omega-3 sewaktu hamil😭😭. Selain penting untuk perkembangan otak, saraf dan mata bayi banyak lagi benefits lain yang ibu hamil boleh dapat bila mengamalkan makanan atau supplemen berasaskan omega-3 seperti yang saya terangkan kat atas tadi. Semoga ibu- ibu hamil di luar sana berjaya menghadapi fasa kehamilan dan kelahiran dengan sihat dan selamat😊. Ibu cergas, anak cerdas! Ameen.
Leave a Reply