Ini bukanlah entri berkenaan susuk yang bakal buat anda cantik jelita tanpa memerlukan set skin care atau set kecantikan ya š Harini saya ingin bercerita pasal susuk moden atau nama sebenarnya ialah implanon yang saya pakai jam 12Ā a.mĀ semalam. Thanks to my the best gynae ever Dr Munirah yang tolong pasangĀ cik implanon ni.. kalau buat kat private confirm dah kena cas mahal sebab kol 12 tengah malam masih bekerja. Hehe. Maklumlah nak buat awal susah memandangkan kanak-kanak riang masih lagi aktif berkejar kejaran. Nasib baik Ā personal gynae ada kat rumah, boleh arrange timing anytime, paling best Ā jimat kos consultation and procedure pemasangan. Alhamdullilah. Rezeki;)
Misi Memakai ‘Susuk Moden’ Demi Kemaslahatan Diri
Anyway, Implanon ni adalah salah satu teknik kontraseptif (pencegahan kehamilan) dengan cara memasukkan rod seperti jarum di bawah lapisan kulit bahagian lengan. Kenapa saya pilih implanon? Jawapannya kerana implanon adalah satu kaedah pencegah kehamilan yang sangat berkesan (hampir 99% efficient) dan paling senang especially bagi mereka yang agak pelupa untuk makan ubat-ubatan seperti saya ni. Sebab tu method pil perancang langsung tiada terlintas dalam fikiran.
Alkisahnya saya tak berniat nak pakai implan pun sebab risaukan pelbagai unwanted side effect yang akan timbul especially tendency period yang akan kacau bilau dan paling takut risiko badan di pam-pam ibarat belon. Aduh sape yang tak risau badan menjadi gemuk kan? Pada awalnya, saya decide untuk amek IUCD tapi memandangkan terlalu banyak sharings kawan- kawan tentang risiko TERHAMILĀ dengan IUCD, maka saya memilih implanon. Biarlah badan ibarat belon pun asalkan tidak mengandung lagi dalam masa terdekat ni. Bukan nak menolak rezeki, tapi rasanya diri tak mampu nak uruskan keluarga dengan keadaan anak- anak yang masih kecilĀ serta perlukan perhatian extra ni. Sekarang pun dah agak ‘huru- hara’. Tiap kali tengok Haziq rasa kesian sangat macam kurang kasih sayang. Baru usia 17 bulan dah dapat adik. Dengan keadaan saya yang sedang belajar lagi, risau juga nanti tak habis-habis master saya kat UTM tu. KPM kasi extend cuti belajar untuk 6 bulan sahaja which is saya dah guna pun 6 bulan yang diberikan kerana bersalinkan Jannah. Paling penting, kesian kat badan sendiri yang perlukan rehat juga untuk recover balik dari proses bersalin 3 orang anak sebelum ni. Especially anak ke2 dan ke 3 yang jaraknya agak dekat. SoĀ nak tak nak memang keterpaksaan la amekĀ langkah pencegahan buat masa ni.
Okeh, berapa agaknya kos implan yang saya buat ni? Memandangkan ramai yang bertanya, hasil survey yang saya buat kosnya dalam lingkungan RM400-500 kat klinik. Kat LPPKN mungkin lagi murah. Kalau buat kat private hospital boleh cecah RM700. Cara nak pasang implanon ni sangat simple mula- mula kena baring, standby less dominat hand/arm (saya pilih left arm), then doktor akan biuskan bahagian lengan tadi sebelum memasukkan implan ke dalam bahagian bawah kulit lengan. Prosedur yang sangat cepat, tak sampai 5 minit pun. Lagi satu langsung tak sakit, cuma jangan terkejut tengok jarum yang besar dan panjang bakal digunakan š
Done implanon, so lepas ni kena tunggu 3 tahun (implanon ni expired 3 tahun dari tarikh pemasangan tau) untuk keluarkanĀ balik. Nak bukak awal pun boleh, tapi alang2 dah boleh pakai sampai 3 tahun gunalah semaksimum mungkin kan. Unless kalau u all tiba-tiba plan nak mengandung, so boleh lah bukak anytime then tahap kesuburan akan back to normal:)
Till then, tunggu 3 tahun lagi saya update proses nak bukak implanon pula š
nanti anak mintak adik lagi macam mana plak?
hehe..
titan recently posted…Bila masa yang sesuai untuk belajar buat duit dengan Affiliate?